HUBUNGI KAMI

WhatsApp adalah cara terpantas — kami balas secepat mungkin

💬

WhatsApp — Payed

+6012-996 6769

Tekan untuk mula berbual →

💬

WhatsApp — Amril

+6012-801 0795

Tekan untuk mula berbual →

✉️

E-mel

payedlegacy@gmail.com

Sesuai untuk dokumen & lampiran →

📍

Kawasan Liputan

Bandar Baru Bangi, Kajang, Cheras, Setapak, Ampang, Putrajaya, Dengkil, Cyberjaya, Shah Alam dan seluruh Lembah Klang.

Apa Perlu Anda Sediakan

Supaya kami boleh memberi jawapan yang berguna pada mesej pertama (bukan sekadar bertanya balik), berikut adalah butiran asas yang membantu:

Jika anda ingin MENJUAL atau MENYEWAKAN rumah

Jika anda ingin MEMBELI atau MENYEWA rumah

Soalan Yang Sering Ditanya

1. Adakah pertanyaan pertama dikenakan bayaran?

Tidak. Semakan anggaran nilai rumah, carian unit dan pertanyaan pertama adalah percuma. Sebarang caj atau komisen akan dijelaskan secara bertulis sebelum sebarang urusan dimulakan.

2. Berapa lama masa untuk mendapat maklum balas?

WhatsApp adalah saluran terpantas. Jika mesej anda masuk di luar waktu bekerja, kami akan balas pada waktu bekerja berikutnya. Jika urusan melibatkan dokumen, e-mel lebih sesuai supaya fail tidak hilang dalam sembang.

3. Boleh saya melawat unit pada hujung minggu?

Boleh, bergantung pada ketersediaan pemilik atau penyewa. Sebaiknya cadangkan 2–3 pilihan tarikh dan masa supaya kami dapat mengatur pertemuan dengan lebih pantas.

4. Perlukah saya bayar deposit sebelum melihat unit?

Tidak. Jangan bayar booking atau deposit sebelum melihat unit dan mengesahkan butiran seperti nama pemilik, jenis hak milik dan jumlah sebenar. Sentiasa minta resit rasmi bertandatangan, dan untuk urusan sewaan pastikan perjanjian sewa serta siapa yang menyimpan deposit jelas sejak awal.

5. Boleh anda bantu urusan pinjaman bank?

Kami boleh membantu anda menyusun dokumen untuk penilaian kelayakan dan menghubungkan anda dengan pegawai bank, tetapi kelulusan dan syarat pinjaman adalah hak mutlak bank. Kami bukan institusi kewangan dan tidak menjamin kelulusan.

6. Boleh anda bantu menguruskan urusan jual beli sehingga selesai?

Ya. Kami biasanya menemani urusan daripada peringkat rundingan harga, booking, penyerahan borang kepada bank, perjanjian jual beli bersama peguam, menjadualkan penilaian bank dan sehingga unit diserah. Sila lihat halaman Tentang Kami untuk maklumat lanjut perkhidmatan kami.

7. Adakah maklumat saya dikongsi dengan pihak lain?

Maklumat anda digunakan untuk tujuan urusan hartanah sahaja. Sila baca Polisi Privasi kami untuk penjelasan penuh tentang pengumpulan, penggunaan dan perkongsian data.

Ingin Terus Mula?

Jika anda sudah bersedia, gunakan salah satu pautan WhatsApp di atas atau lengkapkan borang di halaman utama — sama ada untuk menyerahkan unit anda kepada kami, atau memberitahu kami kriteria rumah impian anda.

PAYED LEGACY beroperasi di bawah ERA Realtor Sdn Bhd. Urusan hartanah disempurnakan melalui temujanji dan lawatan unit. Sila rujuk Terma Penggunaan & Penafian kami.